Kali ni mari kita bongkar kita selongkar 1 demi 1 tentang cara untuk bina hujah dengan menggunakan Teknik StaNisSan.... Namun Begitu Perlu diingatkan Agar kaitkan balik hujah kita dengan Definisi Konsep Yang Kita bawakan.....
USUL: Konsep 1 Malaysia,Kita Sudah Bersedia
Ana akan mengemukakan contoh bina hujah berdasarkan usul di atas dengan menggunakan Konsep StaNisSan(Status Quo,Machanisme,Kesan).......
1.STATUS QUO
- Ceritakan Tentang Isu Pada Masa Kini yang menyokong Kata kunci hujah....
- Ceritakan Tentang Kebaikan/Keburukan yang akan berlaku sekiranya kita kekalkan Isu pada masa kini...
- Nyatakan Authoriti untuk kuatkan Hujah
Contoh:Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
Menurut Tan Sri Najib Tun Abdul Razak,Pada masa kini Pelbagai bantuan Telah Dijalankan bagi untuk meringankan beban rakyat seperti:
- Wang Bantuan 1 Malaysia
- Rumah Kebajikan Ditubuhkan Dengan Pesat
- Kempen Hormat Menghormati dalam Iklan
Oleh itu apabila kita menjalankan 3 perkara ini dengan kekal sehingga tahun 2020 maka ia dapat menjadikan Malaysia negara yang berwawasan kerana tatkala sudah selesai tuntutan membela nasib rakyat maka akan bina lah pencapaian Malaysia yang membanggakan
2.Mechanisme
- Ceritakan Cara yang dilakukan untuk menjalankan mechanisme yang dikeluarkan di status Quo
- Cerita 1 demi satu pada setiap mechanisme Tersebut
- Buktikan dengan Kesemua Mechanisme tersebut membuktikan kata kunci hujah
- Kemukakan Authoriti
Contoh:Wang bantuan 1 malaysia
Pada masa kini wang bantuan 1 malaysia telah meringgankan beban pelajar sekolah,pelajar di IPT dan juga meringgankan beban kesemua ahli keluarga.Statistik Menteri Kewangan Malaysia Sebanyak 60% pelajar yang apabila mendapat wang bantuan 1 malaysia dapat melengkapkan peralatan yang diperlukan untuk sekolah.Walaupun wang bantuan 1 malaysia ini tidak dapat memenuhi kesemua keperluan pelajar untuk berlajar namun begitu ia telah meringgankan beban pelajar dengan menjimatkan kos keperluan setiap tahun yang dianggap banyak.Ini membuktikan bahawa kerajaan telah mendahului rakyat agar dapat mencapai pencapaian
-Akbar Utusan Malaysia 2011-
3.Kesan
- Ceritakan kebaikan kesemua mechanisme tersebut
- nyatakan kesan yang akan datang dan pada masa kini
- Jawab tuntutan Usul dengan kebaikan kesan yang dikemukakan
Contoh:Setiap mechanisme yang dijalankan di atas dapat memberikan transformasi kepada negara dalam matlamat ingin mencapai tuntutan 1 malaysia pada masa hadapan,Kerana setiap mechanisme yang dicadangkan telah pun dijalankan pada masa kini oleh itu ia menunjukkan bahawa kita sudah bersedia untuk mencapai matlamat 1 malaysia iaitu "Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan",Semua yakin lagi percaya sekiranya mechanisme ini kekal sehingga pada tahun 2020 maka hasrat 1 malaysia dapat dicapai dengan tahap yang membanggakan
OK... selesai membina Hujah. Perlu diinngat bahawa pendebat diberi masa 2min untuk membentangkan kes dan 5 min untuk membentangkan hujah. Jadi manfaatkan 5min ini dengan sebaiknya agar dapat meyakinkan juri tentang premis kita.Jangan Lupa setiap Hujah perlu ada authoriti walaupun hujah yang berunsurkan Humor
3 comments:
info yg amat2 berguna!!terima kasih
afuan.... suka dapat membantu
Assalamualaikum..
Dalam bahas apa yg dimaksudkan dengan rasional dan kayu ukur? tq :)
Post a Comment