Untuk menjadikan Mutu perdebatan lebih terjamin dan berkualiti,
pembinaan konsep yang baik perlu ada dan kebiasaannya apabila pembinaan kes runtuh maka setiap analisis hujah turut runtuh.... jadi secara kesimpulannya pembinaan unjuran pemahaman konsep merupakan tiang perdebatan dalam mengemukakan hujah.
langkah-langkah membina konsep
1.Bahagikan frasa usul kepada 2 atau 3 frasa
Contoh: Konsep 1malaysia,kita sudah bersediaFrasa pertama: Konsep 1 malaysiaFrasa Kedua : Kita sudah bersedia(Elakkan menggunakan 1 perkataan sebagai frasa contoh:Kita)
2.Definisikan setiap Frasa
Untuk kata nama Khas gunakan 5W1H
contoh: Konsep 1 malaysia
What:adalah satu gagasan peribadi
Who:yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak
When:pada 2 April 2009
Why:dalam membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju
Where:di malaysia(elakkan ukuran kayu di negara luar sekiranya usul berkaitan dengan malaysia)
How:Semua pihak mestilah bersama-sama menjayakannya. Pelaksanaannya bukan dibuat semalaman tetapi secara evolusi.
*Letakkan Akta/Badan yang dipercayai sekiranya ada
*Gunakan Wikipedia sekiranya ada(Dalam pembentangan kes jangan cakap dari wikipedia)
Untuk Kata nama Am gunakan 1S2M
Contoh:Kita sudah bersedia
Status Quo
Melihatkan kepada kesan yang ada pada masa kini dan kesan pada masa hadapan
*ceritakan kesan pada masa kini terlebih dahulu.
"Pada masa kini 3 tuntutan 1 malaysia dalam proses dipenuhi iaitu"
*Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan(2009)
*Menjana Transformasi(2010)
*Transformasi Berjaya Rakyat Sejahatera(2011)
*Ceritakan kesan pada masa hadapan
Maka apabila setiap tuntutan yang digariskan di atas telah dipenuhi maka
pada masa akan datang kita mampu untuk menjadikan malaysia negara yang cermelang gemilang dan terbilang
*Bagi akta/badan dipercayai untuk nyatakan tuntutan tersebut
Masalah
Ceritakan Masalah Yang ada pada masa kini/Halangan Yang ada pada masa kini
Contoh:Pada hari ini masalah untuk mencapai 1 malaysia ini ialah
*Memerlukan Lebih Ramai Warganegara
*Memerlukan Kos yang tinggi
*Perlukan Sokongan Rakyat
Mechanisme
Ceritakan apa yang ingin dilakukan untuk mengawal masalah yang berlaku bagi mencapai
tuntutan Usul.
Contoh:Oleh itu demi untuk mengawal masalah ini berlaku badan2 yang berkuasa perlulah:
*Memberikan peluang perkerjaan untuk menambahkan warganegara
*Menaikan Cukai dengan mengawa untuk menampung kos yang tinggi
*Memupuk semangat perotisme untuk mengambil hati rakyat
Ok apabila selesai definisi Frasa Kontroversi terus bagi beban bukti yang berkaitan dengan Analisis definisi Status Quo,Masalah,Mechanisme
Contoh:Buktikan Kepada kami walaupun ada usaha kerajaan namun masalah yang berlaku pada masa kini tidak dapat mengawal dan akhirnya menjadikan konsep 1 malaysia kita belum bersedia berdasarkan kepada 3 ciri yang digariskan oleh perdana menteri.
3.Kesimpulan Kes
Ceritakan balik apakah sebenarnya tuntutan kes kita
contoh:Oleh itu kami akan buktikan bahawa setiap kretiria 1 malaysia dapat dipenuhi
dengan Rasional "Kesan Yang ada pada masa kini" dan akhirnya membuktikan bahawa kita sudah bersedia untuk menghadapi tuntutan 1 malaysia.
Laman KDBM Al-Amin ini ialah laman utama kepada Kelab.Debat Bahasa Melayu Al-Amin ini. Laman debat Bahasa Melayu Al-Amin, terdapat maklumat-maklumat terkini yang perlu diketahui dan ditelaah oleh semua pendebat. Tips-tips berguna juga turut dimuatkan dalam laman pautan tersebut. insyaAllah, akan di'update' dari semasa ke semasa. Manakala, laman utama ini adalah untuk pemberitahuan, makluman,dan pengumuman. Terima Kasih atas kunjungan berharga anda!
0 comments:
Post a Comment