Membina Hujah Yang menepati Usul: Teknik StaNisSan


Kali ni mari kita bongkar kita selongkar 1 demi 1 tentang cara untuk bina hujah dengan menggunakan Teknik StaNisSan.... Namun Begitu Perlu diingatkan Agar kaitkan balik hujah kita dengan Definisi Konsep Yang Kita bawakan.....

USUL: Konsep 1 Malaysia,Kita Sudah Bersedia

Ana akan mengemukakan contoh bina hujah berdasarkan usul di atas dengan menggunakan Konsep StaNisSan(Status Quo,Machanisme,Kesan).......

LANGKAH-LANGKAH BINA HUJAH

BINA KONSEP


5W1H= What,Who,When,Why,Where,How
1S2M = Status Quo,Masalah,Mechanisme

Untuk menjadikan Mutu perdebatan lebih terjamin dan berkualiti,
pembinaan konsep yang baik perlu ada dan kebiasaannya apabila pembinaan kes runtuh maka setiap analisis hujah turut runtuh.... jadi secara kesimpulannya pembinaan unjuran pemahaman konsep merupakan tiang perdebatan dalam mengemukakan hujah.

langkah-langkah membina konsep


USUL DEBAT DAN PIDATO ASRAMA YAYASAN SELANGOR KALI KE-6


POLITIK

1. Isu Timur Tengah : Bagai Enau Dalam Belukar, Melepaskan Pucuk Masing-Masing
2. Afrika : Mereka Sudah Bersedia
3. Dewan Ini Akan Membubarkan NAM
4. Penggantungan Keahlian Syria Dalam OIC : Satu Kesilapan
5. Janji Ditepati : Sudah Terhantuk Baru Terngadah
6. Kematangan Berpolitik Di Malaysia Kian Pudar
7. 1Malaysia Bukan Sandiwara Politik
8. Pelaksanaan Hukum Hudud : Malaysia Sudah Bersedia
9. Dewan Ini Akan Mengadakan Semula Pilihan Raya Bagi Kerajaan Tempatan

EKONOMI

1. Mata Wang Tunggal Penyelamat ASEAN
2. Krisis Hutang Greece : Ribut Dalam Cawan
3. Barat Semakin Miskin
4. FGVH Tindakan Tepat
5. Liberalisasi Ekonomi Bukan Jawapannya
6. Demi Kelangsungan Pembangunan, Pekerja Asing Diperlukan
7. Dewan Ini Mencadangkan Pemansuhan Monopoli Astro

HUMOR & MANTIK

1. Api Lawannya Air
2. Dunia Sekarang, Pekak Pun Boleh Mendengar
3. Sin Chan Lebih Baik Daripada Doraemon
4. Hitam Tak Semestinya Buruk, Putih Tak Semestinya Cantik
5. Seksi Itu Seksa
6. Bumi Tidak Lagi Bulat

SOSIAL

1. Isu Air Selangor : Sekepal Menjadi Gunung, Setitik Menjadi Laut
2. Statistik Jenayah Malaysia : Indah Khabar Dari Rupa
3. Kepompong Perpaduan Kita Sudah Pecah
4. Jalur Gemilang Tidak Lagi Gemilang
5. Sudah Tiba Masanya Malaysia Menjadikan ICT Sebagai Bidang Keberhasilan Utama Negara
6. Warung Mamak Menceriakan Perpaduan Negara
7. Dewan Ini Akan Mengkaji Semula Pindaan 114A

SUKAN & HIBURAN

1. Rancangan Realiti TV Bukan Medan Bakat
2. Artis Berpolitik Hanya Untuk Glamor
3. Industri Perfileman Malaysia Masih Di Takuk Lama
4. Kita Lebih Suka Mengikut Budaya Hiburan Luar
5. Perlembagaan FAM: Barah Dalam Diam
6. Status Anak Emas Badminton Perlu Ditarik Balik
7. Dewan Ini Percaya Malaysia Perlu Lebih Aktif Melobi Sukan Skuasy Dan Boling Dimasukkan Dalam Sukan Olimpik Demi Emas Pertama Negara

PENDIDIKAN

1. Penggunaan Telefon Bimbit Di Sekolah : Kewajaran Bukan Kesilapan
2. Pendidikan Percuma, Kita Sudah Bersedia
3. Konsep STM Perlu Dimulakan Dari Sekolah
4. Mahasiswa Malaysia Sudah Merdeka
5. Pendidikan Global : Kita Semakin Hampir
6. Kuasa Autonomi Untuk IPTA Lebih Buruk Dari Baiknya
7. Pendidikan Untuk Peperiksaan
8. PBS Perlu Dihentikan
9. Dewan Ini Mencadangkan Sistem Penggiliran Dalam Kemasukan Ke SBP Dan MRSM Demi Keadilan

SSP muncul Johan Bahas Piala Perdana Menteri 2012



Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya (SSP)  dan Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR)  hari ini masing-masing muncul sebagai johan Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 2012. Pertandingan akhir bagi edisi ke-39 ini dilangsungkan di Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya.

Dalam Pertandingan akhir bahas Bahasa Malaysia, Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya berjaya menewaskan Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR). Usul yang diperdebatkan dalam pertandingan tersebut adalah "Penguasaan Industri Teknologi Maklumat  Menjamin  Kestabilan Negara.  Manakala Saudara Muhammad Luqman Sufyan bin Junaidi  dari SDAR dipilih sebagai pembahas terbaik pertandingan akhir.

Manakala dalam kategori Bahasa Inggeris, Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR) berjaya menebus kekecewaan 2011 apabila berjaya kali ini muncul johan menewaskan pasukan yang menewaskan mereka pada tahun 2011, kolej Tunku Kurshiah. Usul yang telah dipilih untuk diperdebatkan ialah " This House Beleive That We Should Substantialy Expand On Vocasioanal Education ". Di akhir perlawanan, Saudara Adbul Razak dari SDAR dipilih sebagai pembahas terbaik perlawanan akhir.

Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh YB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Turut hadir ialah Tan Sri Abd Ghafar bin Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Untuk rekod, penganjuran PPM tahun ini ditaja oleh Bank Rakyat untuk tahun ke tiga berturut-turut. Manakala pusingan awal telah diadakan di Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh (STAR).


USUL Pesta Bahas AIDC Pusingan Awal

Round 1:
Dewan Ini Akan membenarkan pelajar bawa tablet ke sekolah
Dewan Ini percaya kalau hendak popular Youtube tempatnya
Dewan Ini percaya warung mamak menceriakan perpaduan negara

Round 2:
Dean Ini Percaya Samsung Lebih Baik Dari Apple
Dewan Ini Percaya selepas 55 tahun merdeka:Kita semakin berintergriti
Dewan Ini akan memberhentikan program rialiti tv serta merta

Round 3:
Dewan Ini Percaya Boboiboy lebih baik dari upin dan ipin
Dewan Ini akan memberhentikan iklan makanan segera
Dewan Ini percaya Facebook:Lebih Sudu Dari Kuah

Pesta Bahas AIDC 2012


Pe      PENGENALAN
Keluarga Debat Oratot Bahasa Melayu SMIAAB akan menganjurkan satu pertandingan bahas yang melibatkan pelajar-pelajar tingkatan 1,2 dan 4.Pesta Bahas ini bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baharu dalam kalangan pelajar tingkatan 1,2 dan 4. Demi meneruskan legasi yang telah diukir oleh para pembahas SMIAAB terdahulu, pelapis-pelapis yang terdiri dalam kalangan pelajar amat penting untuk menjayakan legasi ini. Justeru, dengan penganjuran ini diharapkan menjadi platform terbaik mengenengahkan pelajar-pelajar yang berbakat dalam arena perbahasan.

Obje   OBJEKTIF
          1 Melahirkan pelajar yang “well rounded” bukan sahaja berkemampuan dalam bidang akademik, malahan kokurikulum.
2 Memupuk budaya bahas dalam kalangan pelajar
3 Melahirkan pelajar yang mampu menyampaikan hujah dengan penuh kritis dan analitikal.
4 Melahirkan bakat-bakat baru dalam kalangan pelajar demi meneruskan legasi kecemerlangan   SMIAAB

Tempat Program

6.1 Kelas
6.2 Pusat Sumber
6.3 Dewan Besar

Penglibatan dan Penyertaan

Empat Puluh lapan pelajar tingkatan 1,2 dan 4 yang terdiri dari ahli kelab dan bukan ahli kelab debat(enam belas kumpulan)

Tarikh

6 September 2012(Bengkel Debat)
10,11&12 September 2012 (Pusingan Awal)
13 September 2012 (Separuh Akhir)
14 September 2012(Akhir)

Masa :
Bermula pada 3.45 pagi hingga 6 Petang

*Tentetif program akan diberitahu kemudia