Autoriti Perdebatan

Dalam Perdebatan Autoriti sangat penting bagi ingin membuktikan sesuatu perkara dalam berhujah,celahan mahupun bidasdan. Berikut Merupakan sumber autoriti yang boleh diguna pakai dalam perdebatan.

Menteri Kabinet

Perdana Menteri

Datuk Seri Najib Razak
Timbalan Perdana Menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Senator Datuk Seri Idris Jala
Senator Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom
YB Senator Dato’ Palanivel a/l K. Govindasamy – Baharu
Timbalan Menteri: Datuk Liew Vui Keong
Timbalan Menteri: Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Timbalan Menteri: Datuk SK Devamany
Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Maslan
Timbalan Menteri: Datuk T Murugiah
Kementerian Kewangan
Menteri I: Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri II: Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan Menteri: Datuk Dr Awang Adek Hussin
Timbalan Menteri: Senator Datuk Donald Lim Siang Chai
Kementerian Pelajaran
Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Menteri: Datuk Dr Wee Ka Siong
Timbalan Menteri: Datuk Dr Puad Zarkashi
Kementerian Dalam Negeri
Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien
Timbalan Menteri: Datuk Wira Abu Seman Yusop
Timbalan Menteri: Datuk Lee Chee Leong
Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan
Menteri: Datuk Seri Dr Rais Yatim
Timbalan Menteri: Datuk Joseph Salang Gandum
Timbalan Menteri: Senator Datuk Maglin Dennis D”Cruz
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Menteri: Datuk Seri Peter Chin Fah Kui
Timbalan Menteri: Noriah Kasnon
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Menteri: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Timbalan Menteri: Datuk Hasan Malek
Timbalan Menteri: Datuk Joseph Entulu Belaun
Kementerian Pengajian Tinggi
Menteri: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Timbalan Menteri: Datuk Dr Hou Kok Chung
Timbalan Menteri: Datuk Saifuddin Abdullah
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Menteri: Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri: Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir
Timbalan Menteri: Datuk Jacob Dungau Sagan
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Menteri: Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili
Timbalan Menteri: Fadillah Yusof
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Menteri: Datuk Seri Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri: Tan Sri Joseph Kurup
Kementerian Pengangkutan
Menteri: Datuk Seri Kong Cho Ha
Timbalan Menteri: Datuk Abdul Rahim Bakri
Timbalan Menteri: Jelaing Mersat
Kementerian Pelancongan
Menteri: Dato’ Seri Dr Ng Yen Yen
Timbalan Menteri: Datuk Dr James Dawos
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Menteri: Datuk Seri Noh Omar
Timbalan Menteri: Datuk Johari Baharum
Timbalan Menteri: Chua Tee Yong
Kementerian Pertahanan
Menteri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri: Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad
Kementerian Kerja Raya
Menteri: Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan Menteri: Datuk Yong Khoon Seng
Kementerian Kesihatan
Menteri: Datuk Seri Liow Tiong Lai
Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Rashid Shirlin
Kementerian Belia dan Sukan
Menteri: Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri: Senator Gan Ping Sieu
Timbalan Menteri: Datuk Razali Ibrahim
Kementerian Sumber Manusia
Menteri: Datuk Dr S Subramaniam
Timbalan Menteri: Senator Datuk Maznah Mazlan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Menteri: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri: Datuk Tan Lian Hoe
Timbalan Menteri: Datuk Rohani Abdul Karim
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Menteri: Datuk Wira Chor Chee Heung
Timbalan Menteri: Datuk Lajim Ukin
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Menteri: Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
Timbalan Menteri: Senator Heng Saei Kie
Kementerian Luar Negeri
Menteri: Datuk Seri Anifah Aman
Timbalan Menteri: A Kohilan Pillay
Timbalan Menteri: Datuk Richard Riot Jaem
Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar
Menteri: Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Timbalan Menteri: Datuk M Saravanan
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Menteri: Tan Sri Bernard Giluk Dompok
Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainudin
Timbalan Menteri: Senator Datuk G Palanivel

Perubahan Kabinet baharu ini melibatkan perubahan yang berikut:
Menteri
  1. Datuk Seri Kong Cho Ha dilantik sebagai Menteri Pengangkutan bagi menggantikan Datuk Seri Ong Tee Keat yang ditamatkan pelantikan sebagai menteri;
  2. Datuk Wira Chor Chee Heung yang sebelum ini Timbalan Menteri Kewangan pula dilantik sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, menggantikan tempat Cho Ha.


Timbalan Menteri
  1. Ahli Parlimen Labis Chua Tee Yong dilantik sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani;
  2. Senator Datuk Donald Lim Siang Chai sebagai Timbalan Menteri Kewangan;
  3. Senator Gan Ping Shou sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan menggantikan Datuk Wee Jeck Seng yang  ditamatkan pelantikan.
  4. Senator Datuk Maglin Dennis D’Cruz dilantik sebagai Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan
  5. Senator Datuk G Palanivel sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komuniti;
  6. Ahli Parlimen Serian, Datuk Richard Riot sebagai Timbalan Menteri Luar Negeri.
Selain daripada pelantikan baru, terdapat juga rombakan dari segi pertukaran portfolio dalam Senarai Menteri Kabinet 2010 yang melibatkan tiga timbalan menteri iaitu:
  1. Datuk Rohani Abdul Karim dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan;
  2. Jelaing anak Mersat dari Kementerian Dalam Negeri ke Kementerian Pengangkutan;
  3. Datuk Lee Chee Leong dari Kementerian Luar Negeri ke Kementerian Dalam Negeri.

Akta Malaysia








Bola Sepak dan debat


Mari kita sama-sama memerhati ragam debat dan bola sepak yang pada kebanyakan masa - tidak jauh bezanya.

1 Menyerang atau bertahan?

Dalam bola sepak, ada dua strategi lazim - bertahan atau menyerang. Barisan belakang Itali yang kental dan impenetrable telah berdekad lamanya diiktiraf sebagai punca kemenangan pasukan tersebut di persada antarabangsa. Dalam konteks serangan, jenama possession football atau tiki-taka akhirnya membawa Sepanyol menjulang gelaran juara Eropah dan dunia.

Begitu juga dalam debat institusi pengajian tinggi (IPT). Ada pasukan muncul dengan gandingan pendebat pertama dan kedua yang berkesan - membentangkan kes dan hujah yang sukar ditembusi pihak lawan. Pasukan sebegini biasanya mampu meyakinkan para juri walaupun hadir dengan pendebat ketiga yang tidaklah terlalu berbisa bidasannya.

Ada pula pasukan yang bergantung kepada pendebat ketiga untuk menyapu kembali segala sisa-sisa runtuhan kes yang bercempera melalui adunan bidasan berfakta dan lelucon yang menghiburkan. Atau dalam beberapa kes, lelucon semata-mata sudah mencukupi.

Teknik menyerang juga kadangkala digarap melalui stategi pendebat pertama pembangkang dan/atau pendebat kedua kerajaan merupakan individu yang ampuh dalam membaca pergerakan kes pihak lawan. Serangan awal memastikan pasukan lawan sukar bangkit semula.

2 Pemain bintang

Setiap pasukan dikenali dengan pemain bintang. Pele, Maradona, Zidane, Drogba - contoh klasik individu yang hampir membuatkan sesetengah peminat bola sepak terlupa negara yang diwakili mereka. Pengulas sukan juga tidak berasa janggal untuk memberi label seperti "Maradona & Co" (atau kini Maradona & The Boys) untuk Argentina, misalnya.

Demikian halnya dengan debat. Hampir kesemua pasukan debat IPT mempunyai 'pemain bintang'. Biasanya, soalan "Kau lawan siapa tadi?" akan disambut dengan "Pendebat X" dan bukannya "Universiti ABC".

Strategi pasukan akan bertumpu kepada pemain bintang. Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo semestinya akan dikawal rapi malah sesetengah pasukan akan menugaskan seorang pemain khusus sebagai marker - yang mengekori mereka di segenap inci padang.

Pendebat bintang juga kerap menjadi perhatian. Pasukan lawan biasanya menyusun strategi untuk tidak mengambil celahan yang diberikan oleh pendebat ini - barangkali kesan celahan ampuh yang dibimbangkan. Tidak ketinggalan, serangan psikologi untuk memindahkan kelemahan dan kesilapan pihak lawan kepada pendebat bintang untuk 'ditanggung' seorang diri. 

3 Padang dan pentas

Teknik dive amat masyhur dalam kalangan pemain bola sepak untuk mendapatkan sepakan percuma atau penalti bagi pasukan. Malah, pemain bintang seperti Robert Pires dan Cristiano Ronaldo turut dilabel sebagai 'tukang terjun' yang berkesan dalam karier bola sepak mereka.

Teknik ini boleh menyebabkan pemain berkenaan akan dikenakan kad kuning, tetapi hanya sekiranya dikesan oleh pengadil. Jika tidak, pengadil akan mentafsirkan pemain tersebut 'jatuh' akibat tackle yang dilakukan oleh pasukan lawan. Wisel ditiup. Sepakan percuma atau penalti.

Pendebat juga ada banyak strategi dive. Antara yang paling kerap digunakan ialah meyakinkan pihak hakim bahawa ada hujah yang tidak dibidas oleh pihak lawan - walaupun hal yang sebaliknya berlaku. Bagi hakim yang kurang tajam memorinya atau lupa membuat nota perdebatan, tuduhan ini diterima.

Ada pendebat yang mengambil langkah lebih ekstrem dengan mencipta drama dalam debat. Kononnya pihak lawan telah melempar tohmah dan maki hamun kepadanya - demi menagih simpati pihak hakim di samping menjalankan pembunuhan karakter terhadap pihak lawan.

4 Strategi saat akhir

30 saat berbaki sebelum pengadil meniup wisel. Pasukan ketinggalan 0-1. Apakah arahan pengurus? Sudah pasti untuk mengerah semua pemain (termasuk penjaga gol) agar menyerbu gawang pihak lawan bagi mendapatkan gol dengan apa jua cara sekali pun. Apa jua cara.

Pasukan yang mendahului juga perlu membalas dengan strategi berkesan. Gantikan penyerang dengan bek. Susun pemain di hadapan gawang dengan rapi saat sepakan sudut atau sepakan percuma diambil oleh seteru. Jangan biarkan gol dibolosi dengan apa jua cara sekali pun. Apa jua cara.

Sesi penggulungan dalam debat kerap menyaksikan pendebat tampil dengan strategi saat akhir yang rencam. Ada yang berpantun seloka, berdrama, keluar dari ruang meja dan berdiri tegak di tengah-tengah gelanggang debat, melabelkan sesi sebagai 'empat minit terakhir' (atau 240 saat, atau 1/15 jam - yang mana-manalah) bagai wasiat bunyinya, timbang tara, timbang kati hujah, dan macam-macam lagi.

Raih perhatian juri dengan apa jua cara sekali pun. Apa jua cara.

Tentang Pasukan #1


Pasti ramai yang kerap mendengar omelan bahawa 'debat bukan pidato berkumpulan'. Pada hemat saya, ini benar. Debat ala parlimen bukan one man show, walau banyak pasukan yang dilihat membawa nama besar seorang pendebat konon sebagai sauh pasukan.

Ini pemikiran sempit yang perlu dibuang. Messi tidak akan berjaya di Barcelona tanpa hantaran tepat Iniesta dan Xavi. Khairul Fahmi Che Mat masih bergelut menjaga gawang akibat kelemahan benteng pertahanan.

Jadi entri ini akan menghuraikan serba sedikit tentang perkara-perkara kecil yang mungkin kita terlepas pandang dalam latihan debat. Maklum saja, latihan lebih tertumpu kepada kupasan fakta/isu, pembinaan kes, kekuatan persembahan, dan sebagainya.

Saya anggap kekuatan pasukan sebagai satu unit yang mempunyai strategi bijak amat penting untuk memastikan kes yang dibawa dilihat konsisten, begitu juga dengan serangan kepada pihak lawan.

1. Disiplin Semasa Waktu Persediaan

Biasanya, debat ala parlimen memberikan tempoh 30 minit untuk setiap pasukan menyiapkan kes dan hujah. Dalam hal ini, pendebat keempat (saya kurang gemar guna istilah pendebat simpanan) perlu biasakan diri untuk memantau masa persediaan. 

Ingatkan ahli pasukan tentang baki masa yang tinggal. Ini mampu mengelakkan masalah 'tak cukup masa buat kes' yang sering menjadi alasan para pendebat. 

Bukan semua ahli pasukan mampu menyertai perbincangan untuk membina kes. Justeru, penting untuk setiap ahli pasukan mengenal karakter satu sama lain. Terlalu banyak ide untuk kes pasukan sebenarnya tidak membantu kerana hanya ada 30 minit untuk menyiapkan kes dan hujah.

Molek sekali jika ada seorang pendebat yang menjadi pemudah cara atau pengendali perbincangan. Pendebat ini bertanggungjawab menyusun ide dan memastikan perbincangan tidak terlalu meleret.

Namun harus diingat, pengendali perbincangan bukan diktator. Waktu persediaan akan jadi sia-sia jika ada pendebat yang ingin memaksa ide diterima ahli pasukan. Kelak dalam gelanggang perdebatan, ahli pasukan lain hanya akan jadi burung kakak tua yang meluahkan kata tanpa makna.

Andai diserang celahan, mereka kelu tanpa jawapan.

Entri seterusnya akan mengupas strategi kecil namun penting yang boleh diguna pakai oleh pendebat sebagai satu unit pasukan ketika perdebatan berlangsung.

Jumpa lagi!